1.Setiap penyewa perlu menghormati dan saling bertolak ansur antara satu sama lain
2.Penyewa perlu melaporkan sebarang kerosakn kepada tuan rumah dengan segera.
3.Setiap harta kegunaan bersama mestilah di jaga dengan baik dan selamat.
4.Tidak dibenarkan memasak atau melakukan apa-apa aktiviti yang mengunakan api didalam permis.
5.Sentiasa mengamalkan menutup suis eletrik atau lampu rumah yang tidak di gunakan dan juga menutup paip air yang tidak di gunakan.
6.Memastikan pintu utama rumah dan bilik mestilah sentiasa dalam keadaam berkunci sepanjang masa
7.Tidak dibenarkan sama sekali membawa tetamu masuk ke dalam rumah untuk tujuan tertentu atau sebaliknya kerana dikhuatiri mengganggu ketenteraman jiran dan penghuni bilik yang lain.
8.Tidak mengunakan bilik untuk tujuan kegiatan haram yang menyalahi undang-undang dan tidak bermoral,menjalankan perniagaan haram atau perjudian,atau memberi perlindungan pada pesalah undang-undang.
9.Tidak dibenarkan untuk membawa minuman keras serta dadah atau barang barang yang dilarang oleh undang undang.
10.Tidak akan menyimpan dan/atau membiak sebarang haiwan di dalam kawasan Rumah dan/atau dimana sahaja dalam Rumah tersebut.
11.Tidak membawa dan/atau menyimpan di dalam Rumah apa jua jenis senjata, bahan letupan, bahan beracun dan/atau bahan merbahaya yang mudah meletup dan/atau yang mudah terbakar.
12.Penyewa bersetuju untuk menyewa bilik tersebut dalam keadaan baik dan bersih yang sedia ada.Penyewa juga bersetuju untuk menyerahkan kembali bilik tersebut dalam
keadaan sama atau lebih baik.
13.Tidak dibenarkan meninggalkan baranga-barang peribadi di luar bilik.
14.Tidak dibenarkan membuang sebarang objek ke dalam lubang air, mangkuk tandas atau seumpamanya.
15.Membayar sewa pada tarikh seperti mana ditetapkan
16.Wajib mematuhi sebarang arahan tuan rumah yang melibatkan hal-hal rumah serta kepentingan bersama.Membenarkan Tuan Rumah atau wakil yang telah diberikan kuasa olehnya atau pekerja-pekerja yang di upah pada bila-bila masa sahaja yang munasabah memasuki Rumah tersebut untuk membuat pemeriksaan atau pembaikkan kepada rumah tersebut yang mana Tuan Rumah menganggap adalah mustahak.